
Selamat Menyambut Hari Pekerja.
فَاِذَا قُضِيَتِ الصَّلٰوةُ فَانْتَشِرُوْا فِى الْاَرْضِ وَابْتَغُوْا مِنْ فَضْلِ اللّٰهِ وَاذْكُرُوا اللّٰهَ كَثِيْرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ
Apabila solat (Jumaat) telah dilaksanakan, bertebaranlah kamu di bumi, carilah kurnia Allah, dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung. Surah Al- Jumuah: Ayat 10
Warga NGO PAPISMA Johor mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia.
ISLAM amat menggalakkan kita semua bekerja dan mencari sendiri rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup. Semua individu yang mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi fizikal dan mental adalah dituntut untuk bekerja mencari rezeki.
Islam sangat- sangat menekankan pekerja yang produktif, mahir lagi profesional sebaliknya menegah manusia daripada sifat malas dan meminta-minta.
Bekerja juga boleh menjadi ibadah yang terbaik kerana ia juga merupakan sunnah Nabi Muhammad (S.A.W). Niatkanlah apa sahaja pekerjaan kita sebagai ibadah kepada-Nya..
Sabda Nabi Muhammad (S.A.W) :
مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلَالَا اسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ ، وَسَعْيَا عَلَى أَهْلِهِ ، وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ
Maksudnya: “Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”
Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890) dan al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465)
#TahniahdanTerimaKasihSemuaPekerja
