

Johor Bahru, 28 Mac 2025 – Dalam usaha menyemarakkan semangat bersedekah di bulan Ramadhan, Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Cawangan Johor menganjurkan program “Iftar Dengan Kurma” bagi menyediakan makanan dan minuman kepada masyarakat sepanjang bulan yang mulia ini.
Program ini berpegang kepada sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikit pun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut.” (Riwayat at-Tirmizi, 807).
Menurut wakil PAPISMA Cawangan Johor, program ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan serta menggalakkan lebih ramai umat Islam untuk berkongsi rezeki dan memperoleh ganjaran berlipat ganda di bulan Ramadhan.






Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun berikut: Nama Akaun: PAPISMA Cawangan Johor
Bank: CIMB
No Akaun: 860 3577 572
Rujukan: Iftar
Dengan setiap sumbangan yang diberikan, diharapkan lebih ramai dapat menikmati juadah berbuka dan memperoleh keberkatan Ramadhan.
#PAPISMACawanganJohor2025 #IftarDenganKurma #RamadhanBulanSedekah #MemburuLailatulQadar #TerimaKasihParaPenyumbang
