

PARIT SULONG, 16 Mac 2025 – Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP) Johor meneruskan usaha membantu golongan memerlukan melalui program Dapur Ramadhan 2025, dengan menyantuni 15 keluarga asnaf di sekitar Parit Sulong, Batu Pahat.
Dalam program ini, wakil DAKAP Johor bersama Tuan Halim Kepol dan Tuan Haji Selamat Abdul Hamid dari Team Khidmat Malaysia Johor – Parit Sulong telah menyampaikan sumbangan berupa:
📌 Beras 5kg
📌 Barang keperluan asas seperti tepung gandum, bihun, gula, minyak masak, kicap, sos, dan telur
📌 Duit belanja harian

Serahan bantuan ini disambut dengan penuh rasa syukur oleh para penerima yang menghargai keprihatinan para penyumbang. Program ini bukan sahaja meringankan beban harian mereka, malah memberi sinar kegembiraan dalam menghadapi kehidupan yang mencabar, khususnya di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.
Firman Allah SWT dalam Surah As-Saba’, ayat 39:
“Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik.”

PAPISMA Johor akan terus menggerakkan program kebajikan sepanjang bulan Ramadhan dan menyeru masyarakat untuk turut serta dalam usaha membantu golongan memerlukan.
Sumbangan boleh disalurkan ke:
📌 Akaun: PAPISMA Cawangan Johor
📌 Bank: CIMB
📌 No Akaun: 860 3577 572
📌 Rujukan: Dapur
Terima kasih kepada para penyumbang yang budiman. Semoga segala kebaikan ini diberkati dan menjadi amal jariah yang berkekalan.
15 Ramadhan 1446H | 16 Mac 2025












