

Tebrau, 17 Mac 2025 – Dalam usaha meringankan beban golongan yang memerlukan, Team Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP), PAPISMA Cawangan Johor telah menyantuni 10 keluarga asnaf, termasuk ibu tunggal, di sekitar Tebrau, Johor Bahru.
Program yang dijalankan bersempena bulan Ramadan ini menyaksikan penyampaian bantuan berbentuk barangan keperluan asas seperti minyak masak, gula, tepung, serta sumbangan duit belanja harian kepada penerima yang terpilih. Bantuan ini merupakan hasil sumbangan orang ramai yang prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi oleh masyarakat dalam keadaan ekonomi semasa.

Menurut wakil PAPISMA Johor, program ini bertujuan untuk memastikan kebajikan golongan asnaf terus terbela, sejajar dengan firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 92:
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai, dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.”
Para penyumbang yang ingin turut serta dalam usaha kebajikan ini boleh menyalurkan sumbangan mereka melalui akaun berikut:
Nama Akaun: PAPISMA Cawangan Johor
Bank: CIMB
No Akaun: 860 3577 572
Rujukan: Dapur
Semoga usaha ini menjadi asbab keberkatan dan kebaikan buat semua pihak, khususnya dalam menghayati erti Ramadan sebagai bulan berkongsi rezeki.
16 Ramadan 1446H
17 Mac 2025
Laporan oleh PAPISMA Cawangan Johor
#PAPISMACawanganJohor2025
#DapurRamadhan2025
#DanaKemanusiaanPAPISMAJohor
#DAKAPBantuKeluargaAsnaf
#RamadhanBulanIbadah
#TerimaKasihParaPenyumbang








