
Al-Quran yang merupakan mukjizat adalah penyembuh, doa dan zikir yang paling mustajab. Firman Allah swt :
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Maksudnya :” Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”(Surah al-Isra’ :82)
Imam al-Baidawi telah mengupas berkenaan ayat ini :
“Iaitu yang boleh menguatkan agama mereka dan juga memberi kebaikan seperti ubat penyembuh bagi orang yang sakit.” Rujuk Tafsir al-Baidawi ( 3/445)
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya :” Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
(Surah Yunus : ayat 57)

Terima kasih kepada semua jururawat yang telah memberi khidmat bakti kepada semua pesakit tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan dengan keikhlasan dan penuh dedikasi…
Semoga apa sahaja pekerjaan kita dikira sebagai ibadah dan amalan baik, dengan diganjari Syurga Firdaus…
آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن
Selamat Hari Jururawat.
Our Nurses. Our Futures. Caring for nurses strengthens economies.
14 Zulkaedah 1446 H
12 Mei 2025