May 1, 2025

MISI, VISI & OBJEKTIF


MISI

Menjadi sebuah NGO kesihatan yang ahlinya dilengkapi dengan ilmu kemahiran
kepakaran. Seterusnya dapat menaikkan imej jemaah di dalam masyarakat.


VISI

Ke arah sebuah organisasi yang melahirkan tenaga kesihatan yang bermotivasi
tinggi dan lengkap dengan kemahiran professional, beramal dengan kesihatan
menyeluruh, akhirnya menjadikan organisasi ini meneraju profesi perubatan
yang boleh mengubah dunia perubatan ke arah lebih sejahtera.


OBJEKTIF

  1. Untuk mempereratkan hubungan silaturrahim dan memupuk semangat
    kerjasama dan muhibbah di kalangan tenaga-tenaga amal dalam perubatan.
  2. Memperjuangkan dan mengenengahkan pandangan dan buah fikiran
    tenaga-tenaga kesihatan terhadap isu-isu kesihatan dan isu-isu semasa yang lain.
  3. Menggabungkan tenaga-tenaga kesihatan yang merangkumi semua bidang
    kesihatan supaya boleh mewujudkan suasana perawatan yang lebih ideal dan
    holistik.
  4. Membantu meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan dan sektor kesihatan
    terutama di kawasan pedalaman sehinggalah ke peringkat nasional melalui
    aktiviti-aktiviti kebajikan, kesedaran kesihatan, penulisan-penulisan akademik,
    kenyataan media dan lain-lain.
  5. Membimbing ahli dan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran dan
    kefahaman tentang sistem penjagaan kesihatan di Malaysia melalui berbagai
    kaedah yang ada seperti media, rawatan kesihatan percuma, bengkel-bengkel
    kesihatan, ceramah-ceramah, pameran dan sebagainya.
  6. Membuat perhubungan dan kerjasama atau bergabung dengan mana-mana
    Pertubuhan berdaftar peringkat nasional atau antarabangsa yang mempunyai
    tujuan yang selari dengan Pertubuhan ini.
  7. Berusaha sedaya upaya untuk membantu masyarakat nasional dan global
    memahami dan menjiwai kaedah dan sistem perubatan dan perawatan yang
    selari dengan al-Quran dan Sunnah serta tidak bercanggah dengan ajaran
    Islam.