
Bermula Februari 2020, Khidmat Malaysia Johor yang dipengerusikan oleh Encik Khairul Faizi Ahmad Kamil ( Penaung : Ustaz Abdullah Hussin) dan PAPISMA Cawangan Johor (Penasihat : Dr Mazri Yahaya) telah berganding bahu membekalkan peralatan/ pakaian Protective Personal Equipment (PPE) kepada barisan frontliners klinikal dan bukan klinikal di Johor semasa pandemik COVID- 19.

PAPISMA Johor telah diberikan mandat oleh Exco Kesihatan Negeri Jo hor, YB Tuan Vidyananthan A/L Ramanadha dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu untuk menyediakan PPE kepada semua hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah serta Klinik Kesihatan di seluruh Johor.
Dengan dana dari orang ramai dan ahli- ahli PAPISMA Johor serta Khidmat Malaysia Johor, program ini bermula dengan projek menyediakan Face Shield dengan jumlah Face Shield yang telah diagihkan kepada frontliners sebanyak 14 558 keping.
Sebilangan besar ahli- ahli PAPISMA Johor juga bertugas sebagai frontliners samada di hospital, klinik kesihatan, pusat kuarantin dan Hospital COVID- 19 (Hospital Permai dan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang) di Johor.
Daripada respon yang diterima daripada barisan frontliners, kelengkapan PPE yang semakin meruncing adalah Isolation Gown, Tudung ‘cap’, Boot Cover dan Shoe Cover. ‘Baju Perang’ ini wajib dipakai oleh semua frontliners semasa merawat atau berdepan dengan pesakit COVID- 19 (termasuk pesakit yang positif, pesakit disyaki COVID-19 samada pesakit PUI atau pesakit PUS).

Justeru itu, PAPISMA Johor dibantu oleh Khidmat Malaysia Johor mengorak langkah dengan membeli dan menguruskan kain non woven yang berkualiti tinggi untuk dijahit oleh Team Sukarelawan Tailor Seluruh Johor dan dikawal kualitinya oleh ahli- ahli PAPISMA Johor.
Sokongan mantap telah diberikan oleh Team Sukarelawan Tailor Seluruh Johor yang berpengkalan di Muar, Batu Pahat, sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang dan Segamat yang berdedikasi dan bertungkus- lumus siang dan malam menjahit pakaian PPE ini. Kerjasama yang baik dari pihak pengurusan Penjara Simpang Renggam dan Penjara Kluang, Johor untuk bersama- sama menjahit ‘baju perang’ yang wajib dipakai oleh barisan frontliners dalam usaha menyekat penularan Virus COVID- 19 ini.

Alhamdulillah, PAPISMA Johor dan Khidmat Malaysia Johor telah bersama- sama menyerahkan kelengkapan PPE yang telah dijahit kepada semua hospital, Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan dan pusat kuarantin di seluruh Johor sebanyak :
- Isolation Gown : 3415 helai
- Tudung ‘cap’ : 5490 helai
- Boot Cover : 8672 helai
- Shoe cover : 2150 helai
Team Sukarelawan Tailor Seluruh Johor yang diselia oleh PAPISMA Johor telah menabur bakti dengan menjahit kelengkapan PPE ini memandangkan kes COVID 19 yang menjadi semakin kritikal.
Selain daripada pakaian PPE, PAPISMA Johor dan Khidmat Malaysia Johor juga telah menyerahkan :
- Pakaian Overall PPE : 250 helai
- Isolation Gown (ready made) : 500 helai
- Shoe cover (ready made) : 5900 helai
- 3 Ply Surgical Mask : 10 000 keping
- Mask N 95 : 145 keping
- Medical Gloves : 46 750 helai
- Hand Sanitizer : 2271 botol
- Boots : 45 pasang
Serahan seperti 3 ply Surgical Mask & Medical Gloves juga telah diberikan kepada barisan frontliners bukan klinikal seperti anggota polis, anggota Bomba dan Penyelamat serta anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Team Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP) Johor juga telah menyantuni 373 keluarga yang terkesan dengan pandemik COVID- 19 melalui penyerahan bantuan makanan/ kewangan ( Family Feds).
Laporan dari :
Dr Suhaizal Jumaat
Pengerusi
PAPISMA Cawangan Johor
1 Ogos 2020