








Tempat : Dewan SRITI Ibnu Falah, Putrajaya.
Tarikh : 10 – 11 Mei 2025.
Anjuran : NGO Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).
Peserta terdiri daripada:
- Penggerak Taskforce Get To Zero (GTZ) setiap negeri.
- Barisan kepimpinan NGO PAPISMA peringkat pusat dan negeri.
- NGO-NGO yang berkaitan.
Objektif Program :
- Meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap bahaya dan implikasi sosial, psikologi serta agama berkaitan budaya LGBTQ selaras dengan syariat Islam dan norma masyarakat Malaysia.
- Melatih tenaga penggerak (trainer) yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam menyampaikan modul kesedaran LGBTQ secara berkesan melalui Bengkel Pemukiman.
- Melaksanakan kempen kesedaran dan pencegahan secara menyeluruh melalui siri jelajah kesemua 13 negeri dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan.
- Mewujudkan platform digital interaktif dalam bentuk laman sesawang sebagai rujukan rasmi, pengurusan aktiviti dan penyebaran bahan kesedaran secara dalam talian.