

Batu Pahat, 23 Mac 2025 – Demi menunaikan amanah para penyumbang, wakil Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP) Johor bersama Tuan Haji Mohd Tumiran Ahmad, Penyelaras Khidmat Malaysia Johor (Batu Pahat) telah menyantuni 15 keluarga asnaf yang terjejas akibat banjir di sekitar Rengit, Batu Pahat.
Biarpun terpaksa meredah air banjir setinggi paras betis dan terik matahari, misi bantuan ini tetap diteruskan bagi memastikan keperluan asas sampai kepada mereka yang memerlukan. Bantuan yang disalurkan merangkumi:
✅ Beras 5kg
✅ Barangan keperluan asas seperti tepung, bihun, gula, minyak masak dan telur
✅ Duit belanja harian
Menurut wakil PAPISMA Johor, wajah-wajah penerima yang kepenatan akibat kesan banjir bertukar ceria apabila menerima sumbangan tersebut. Program Dapur Ramadhan 2025 ini bukan sahaja meringankan beban keluarga asnaf, tetapi juga menyemarakkan semangat bersedekah dan berkongsi rezeki di bulan yang penuh keberkatan.
Firman Allah dalam Surah Saba’, ayat 39:
“Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik.”

Orang ramai yang ingin terus menyumbang boleh menyalurkan bantuan melalui akaun berikut:
🔹 Nama Akaun: PAPISMA Cawangan Johor
🔹 Bank: CIMB
🔹 No Akaun: 860 3577 572
🔹 Rujukan: Dapur
PAPISMA Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang prihatin. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan mendatangkan keberkatan kepada semua pihak.
#PAPISMACawanganJohor2025 #DapurRamadhan2025 #DanaKemanusiaanPAPISMAJohor #MadrasahRamadhan #DAKAPBantuKeluargaAsnaf #RamadhanBulanIbadah #TerimaKasihParaPenyumbang #MemburuLailatulQadar #JohorBanjir2025















