

Batu Pahat, 18 Mac 2025 – Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Cawangan Johor, sebagai rakan strategik Hospital Mesra Ibadah (HMI), telah menghadiri Program HMI Kluster Johor Barat yang melibatkan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat, dan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor. Program ini berlangsung di Dewan Bistari, HSNI bersempena 17 Ramadan 1446H (Hari Nuzul Al-Quran).
Antara aktiviti yang diadakan:
✅ Majlis Khatam Al-Quran
✅ Pengisian Rohani
✅ Berbuka Puasa
✅ Solat Maghrib, Isyak & Terawih berjemaah
Dalam program Iftar Dengan Kurma, setiap peserta menerima pek kurma dan air kotak sebagai juadah berbuka.

Program ini bertujuan memperkukuh ukhuwah serta kerjasama antara hospital-hospital di bawah Kluster Johor Barat, di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan ibadah dalam penjagaan kesihatan.
Jom menyumbang!
Semoga usaha ini diberkati dan berterusan.
#PAPISMACawanganJohor2025
#IftarDenganKurma
#DapurRamadhan2025
#HospitalMesraIbadah
#RamadhanBulanSedekah
#MemburuLailatulQadar
#TerimaKasihParaPenyumbang





