

Johor Bahru, 15 Mac 2025 – Seramai 38 orang Guru PASTI di Negeri Johor telah menerima wang zakat melalui program Titian Kasih 2025 anjuran Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP) Cawangan Johor. Serahan zakat ini telah diadakan semasa Sambutan Perdana Nuzul Al-Quran bagi Guru PASTI Negeri Johor 2025 pada 15 Mac 2025 bersamaan 14 Ramadhan 1446H.
Program ini bertujuan untuk membantu para pendidik PASTI yang berperanan besar dalam mendidik generasi Islam, khususnya dalam pendidikan awal kanak-kanak berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Bantuan ini bukan sahaja meringankan beban mereka tetapi juga sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan komitmen mereka dalam mendidik anak bangsa.

Mengambil inspirasi daripada hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
“Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun (datang) dua malaikat kepadanya lalu salah satunya berdoa; ‘Ya Allah berikanlah pengganti bagi siapa yang menafkahkan hartanya’, sedangkan yang satunya lagi berdoa; ‘Ya Allah berikanlah kehancuran (kebinasaan) kepada orang yang menahan hartanya (bakhil).'” (HR Bukhari No: 1351) – Hadis Sahih.

PAPISMA Cawangan Johor menyeru masyarakat untuk terus menyokong dan menyumbang bagi meneruskan program kebajikan ini sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Sumbangan boleh disalurkan ke:
Nama Akaun: PAPISMA Cawangan Johor
Bank: CIMB
No Akaun: 860 3577 572
Rujukan: TITIAN KASIH
Pihak PAPISMA mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang prihatin dan budiman dalam menjayakan program ini. Semoga setiap sumbangan menjadi bekalan pahala dan keberkatan buat semua.
14 Ramadhan 1446H / 15 Mac 2025












