

Muar, 8 Mac 2025 – Program kebajikan Dapur Ramadhan 2025 anjuran Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP) Cawangan Johor dengan kerjasama YB Tuan Haji Abdul Aziz dari Pejabat ADUN Maharani serta NGO Kasih Maharani telah berjaya menyalurkan bantuan kepada 15 keluarga asnaf di sekitar Muar, Johor.

Dalam usaha meringankan beban golongan memerlukan, sumbangan yang disalurkan termasuk:
- Beras 5 kilogram
- Barang makanan keperluan asas
- Duit belanja harian

Pihak penganjur menzahirkan penghargaan kepada para dermawan yang telah menyumbang serta menekankan kepentingan semangat tolong-menolong, selari dengan firman Allah dalam Surah Al-Ma’idah, ayat 2:
وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَ ٰنِۚ
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”

Program ini masih diteruskan sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Sehubungan itu, PAPISMA Cawangan Johor menyeru masyarakat untuk terus berkongsi rezeki bagi membantu lebih ramai keluarga asnaf. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut:
Nama Akaun: PAPISMA Cawangan Johor
Bank: CIMB
No Akaun: 860 3577 572
Rujukan: Dapur
Program ini bukan sahaja meringankan beban asnaf tetapi juga memberi peluang kepada masyarakat untuk beramal dan memburu keberkatan di bulan suci ini.
7 Ramadhan 1446H / 8 Mac 2025














