
Wakil NGO PAPISMA Cawangan Johor bersama wakil dari Pejabat Kadi, Batu Pahat, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Jabatan Penerangan (Batu Pahat), Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Johor dan beberapa NGO seperti PERKIM Batu Pahat dan Hidayah Centre Foundation Johor telah menghadiri Bengkel Hospital Mesra Ibadah Bersama Agensi Luar pada 15 Januari 2025 di Dewan Bistari, Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor.
Semasa bengkel, pengisian teori bertajuk:
1. Peranan Sukarelawan
2. Hospital Mesra Ibadah
3. Menangani Stress Dari Perspektif Islam
telah dikupas dengan baiknya oleh para penceramah.

Slot Ziarah Pesakit – para peserta bengkel telah dibawa ke wad- wad untuk diberikan orientasi dan tatacara pelaksanaan Hospital Mesra Ibadah kepada para pesakit.
15 Januari 2025
15 Rejab 1446









