MISI
Menjadi sebuah NGO kesihatan yang ahlinya dilengkapi dengan ilmu kemahiran
kepakaran. Seterusnya dapat menaikkan imej jemaah di dalam masyarakat.
VISI
Ke arah sebuah organisasi yang melahirkan tenaga kesihatan yang bermotivasi
tinggi dan lengkap dengan kemahiran professional, beramal dengan kesihatan
menyeluruh, akhirnya menjadikan organisasi ini meneraju profesi perubatan
yang boleh mengubah dunia perubatan ke arah lebih sejahtera.
OBJEKTIF
- Untuk mempereratkan hubungan silaturrahim dan memupuk semangat
kerjasama dan muhibbah di kalangan tenaga-tenaga amal dalam perubatan. - Memperjuangkan dan mengenengahkan pandangan dan buah fikiran
tenaga-tenaga kesihatan terhadap isu-isu kesihatan dan isu-isu semasa yang lain. - Menggabungkan tenaga-tenaga kesihatan yang merangkumi semua bidang
kesihatan supaya boleh mewujudkan suasana perawatan yang lebih ideal dan
holistik. - Membantu meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan dan sektor kesihatan
terutama di kawasan pedalaman sehinggalah ke peringkat nasional melalui
aktiviti-aktiviti kebajikan, kesedaran kesihatan, penulisan-penulisan akademik,
kenyataan media dan lain-lain. - Membimbing ahli dan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran dan
kefahaman tentang sistem penjagaan kesihatan di Malaysia melalui berbagai
kaedah yang ada seperti media, rawatan kesihatan percuma, bengkel-bengkel
kesihatan, ceramah-ceramah, pameran dan sebagainya. - Membuat perhubungan dan kerjasama atau bergabung dengan mana-mana
Pertubuhan berdaftar peringkat nasional atau antarabangsa yang mempunyai
tujuan yang selari dengan Pertubuhan ini. - Berusaha sedaya upaya untuk membantu masyarakat nasional dan global
memahami dan menjiwai kaedah dan sistem perubatan dan perawatan yang
selari dengan al-Quran dan Sunnah serta tidak bercanggah dengan ajaran
Islam.