
Johor Bahru, 25 Mei 2025 – Seramai 38 orang guru daripada Jabatan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Johor telah menyertai Kursus Basic Life Support (BLS) Siri 2/2025, yang dijalankan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keselamatan di pusat pendidikan.
Kursus ini dikendalikan oleh barisan fasilitator dan pengajar berpengalaman dari PAPISMA Cawangan Johor, meliputi sesi teori dan latihan amali. Antara kemahiran utama yang diberikan termasuk:
Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) untuk dewasa dan kanak-kanak
Teknik menyelamat kes choking bagi dewasa dan kanak-kanak
Peserta hanya akan dianugerahkan Sijil Kelayakan sekiranya lulus kedua-dua ujian teori dan praktikal yang telah ditetapkan.
Penganjuran kursus ini merupakan kesinambungan usaha PAPISMA Johor dalam memperkasa barisan pendidik dengan ilmu penting dalam menyelamatkan nyawa serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan responsif terhadap kecemasan.
27 Zulkaedah 1446 | 25 Mei 2025
PAPISMACawanganJohor2025
BLSPAPISMAJohor
BLSforCommunity
CPR
Choking












