
Johor Bahru, 24 Mei 2025 – Seramai 29 orang guru daripada Jabatan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Johor telah menyertai Kursus Basic Life Support (BLS) Siri 1/2025 yang dijalankan secara fizikal dengan kerjasama PAPISMA Cawangan Johor.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan latihan praktikal kepada para guru mengenai kemahiran sokongan kehidupan asas (BLS) bagi menghadapi kecemasan di premis pendidikan. Peserta dibimbing oleh fasilitator dan tenaga pengajar berpengalaman dalam modul-modul seperti:
Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) bagi dewasa dan kanak-kanak
Teknik menangani choking bagi dewasa dan kanak-kanak
Program ini merangkumi sesi teori dan amali, dengan setiap peserta menjalani ujian akhir sebelum layak menerima Sijil Kelayakan.
Penganjuran ini mencerminkan komitmen PAPISMA Johor dalam memperkasa komuniti pendidik dengan ilmu dan kemahiran menyelamat nyawa, khususnya dalam kalangan guru-guru PASTI yang berperanan besar dalam mendidik anak bangsa.
26 Zulkaedah 1446 | 24 Mei 2025
#PAPISMACawanganJohor2025
#BLSPAPISMAJohor
#BLSforCommunity
#CPR
#Choking












