

Segamat, 24 Mac 2025 – Dalam usaha meringankan beban golongan asnaf menjelang Aidilfitri, Team Jelajah Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP) Johor (Segamat) telah menyantuni 15 buah keluarga asnaf di sekitar daerah ini melalui program Dapur Ramadhan 2025.
Bantuan yang disalurkan merangkumi:
✅ Beras
✅ Barangan keperluan dapur seperti tepung, minyak, gula, dan bihun
✅ Duit belanja harian
Suasana penuh keharuan jelas tergambar pada wajah penerima yang bersyukur dengan sumbangan ini, lebih-lebih lagi dengan sambutan Hari Lebaran yang bakal menjelang minggu hadapan.

Bersesuaian dengan semangat Ramadan yang menekankan nilai sedekah dan keprihatinan, program ini juga mengingatkan kepada firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 267:
“Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu… Ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun berikut:
🔹 Nama Akaun: PAPISMA Cawangan Johor
🔹 Bank: CIMB
🔹 No Akaun: 8603 577 572
🔹 Rujukan: Dapur Ramadhan
PAPISMA Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang ikhlas membantu. Semoga setiap sumbangan menjadi bekalan pahala berterusan di sisi Allah SWT.
#PAPISMACawanganJohor2025 #DanaKemanusiaanPAPISMAJohor2025 #DAKAPJohor2025 #DapurRamadhan2025 #DAKAPBantuKeluargaAsnaf #TerimaKasihParaPenyumbang #MemburuLailatulQadar #HariLebaran2025







